Say Yes To Second Round Sex - Bahagian 1 - Glam Malaysia

Say Yes To Second Round Sex – Bahagian 1

Tidak dapat dinafikan, ada kala pasangan enggan melakukan seks pada waktu tertentu, tetapi jangan terkejut sekiranya dia tiba-tiba mahu untuk ‘pusingan kedua’. Namun, ada kala banyak isu yang timbul. Oleh itu, ambil risiko dan gunakan peluang kedua ini sebaik mungkin! Namun bagaimana? Teruskan membaca…

1. MINTA SEDIKIT WAKTU

Agar anda tidak mengecewakan pasangan, maka boleh menuruti kemahuannya, cuma jika anda keletihan, maka mintalah sedikit waktu untuk anda mengatur nafas, mengembalikan tenaga dan fikirkan strategi seterusnya. Namun, jangan pula terlalu lama ya!

2. PEMANASAN MESTI ADA

Meskipun pasangan anda mahukan pusingan kedua tetapi ini tidak bermakna anda perlu terus melakukannya. Jangan kecewakannya! Oleh itu, pastikan anda membuat pasangan berasa selesa dengan cumbuan-cumbuan mesra atau ‘pemanasan’ setiap kali memulakan acara seks.

3. TUKAR POSISI

Posisi sangat penting! Jika tidak mahu bosan ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan, maka ubahlah posisi anda. Erti kata lain, pelbagaikan dari the first round! Hal ini memang wajib dilakukan untuk seks pusingan kedua. Posisi yang berbeza akan membuatkan anda semakin bersemangat.

See also
Penyebab Sakit Kepala Ketika Atau Selepas Seks

4. DON’T LEAVE HER! 

Ground breaking rules for second round sex! Seperti disarankan oleh Dr Walsh Keener, pakar terapi seks Australia, saat seks pusingan kedua berakhir, jangan terus mengabaikan pasangan. Meski anda sudah memenuhi permintaannya dan anda sendiri sudah penat, pastikan anda tidak meninggalkan pasangan mahupun bangkit dari ranjang.

(bersambung…)