Retorik - Trend Bapa Jaga Anak - Glam Malaysia

Retorik – Trend Bapa Jaga Anak

Mungkin zaman mak ayah kita dulu, kita sudah terbiasa melihat mak kita yang buatkan semua perkara. Hal anak-anak adalah hal emak. Ayah pulang dari kerja sahaja si emak meluru sediakan teh panas buat ayah. Ayah berehat tengok TV atau baca surat khabar sambil menikmati kopi atah teh panasnya. Maklah kelam kabut berdentam dentum di dapur dan menguruskan anak-anak. Itu senario biasa zaman dahulu meski ada juga bapa yang betul-betul jaga anak cumanya tidak ramai seperti hari ini.

Bapa hari ini terutama bapa yang berada di era 2020 ini apa yang saya perasan mereka lebih beri memberi kerjasama dalam membesarkan anak-anak dan tidak bergantung pada isteri sahaja. Kerana bagi saya, saya tidak mahu ketinggalan dalam pembesaran anak saya, Lara Alana.  Dulu masa dia baru-baru  ke sekolah, setiap kali saya hantar ke sekolah dia akan menangis mahu ikut saya pulang, tetapi sekarang saya hantar ke sekolah dia gembira dan berkata, “Okay daddy you can go back home now,” tersentak saya, anak seperti membesar sekelip mata sahaja.

Awal Ashaari adalah hos dan selebriti, hari ini dia menulis berkongsi kisah menjaga anak daripada kanta mata seorang bapa.

 

Bicara soal penjagaan anak ini, jujurnya saya seronok menjaga anak. Tidak ada isu macam isteri lebih bertanggungjawab dalam hal ehwal anak, kerana bagi saya, isteri sudah bekerja, jadi saya jaga anak dengan rela hati. Saya pernah bawa Lara ke playroom dan di situ semua ibu-ibu, saya saja lelaki. Tetapi situasi itu tidak buat saya janggal kerana saya buat demi anak saya. Saya tidak malu mengusung ke sana ke mari beg diaper atau botol susu anak, juga suapkan anak makan depan orang ramai. Apabila bersama anak, setiap perkembangan dia saya tahu.

See also
10 Gaya Rambut Terbaik Kate Middleton

Ya saya sudah biasa dengan lemparan kata-kata nista yang menghentam saya dan isteri kata kami ‘jual’ anak, monetize anak. Jujur saya cakap, apa yang saya dan isteri buat adalah untuk kebaikan dia. Saya akur anak saya tidak seperti kanak-kanak lain, hidup kami di bawah gemerlapan cahaya lensa. Tetapi semua endorsements Lara Alana bukan kami yang minta, tetapi kami diberi tawaran. Saya dan isteri sepakat hanya ambil jenama yang sesuai untuk Lara sahaja.

Ada sahaja syarikat yang menawarkan ratusan ribu ringgit untuk menjadikan Lara duta kepada pil untuk kecerdasan otak, saya tolak kerana ia adalah satu tanggungjawab yang berat kepada masyarakat. Lara hanya akan ambil produk-produk yang dia guna dalam kehidupan sehariannya seperti Johnson & Johnson’s, Yakult, Dutch Lady, dan kereta MPV yang merupakan kereta keluarga. Ada yang tuduh kami jual anak. Walhal, duit-duit yang Lara dapat saya dan isteri tidak pernah guna. Itu untuk kegunaan dia apabila dewasa kelak mungkin untuk membiayai pembelajarannya di universiti dan sebagainya. Melihat duit yang Lara dapat dalam usia empat tahun ini, jujur saya dan isteri memang kalau nak ikutkan duit kami sendiri, kami tidak mampu. Sebagai bapa, saya bersyukur yang anak saya sudah dilimpahi rezeki sejak kecil lagi.

See also
Samsung Galaxy Z Flip Generasi Telefon Pintar Berinovasi

Lara meniti kehidupan berbeza daripada kanak-kanak lain. Dia adalah selebriti cilik. Sewaktu pemggambaran iklan untuk Lara, kami akan terima jika storyline kena dengan karakter Lara. Kala shooting dia seperti bermain sahaja. Justeru, storyline mesti berkisarkan minat dia, berlari, aktif, suka explore. Kami  pastikan tidak ada suruh dia buat perkara-perkara yang dia tidak boleh buat. Alhamdulillah sudah 11 iklan Lara lakukan. Masa umur tiga tahun baru ada iklan yang mahukan dia bercakap dengan dialog mudah.

Lara adalah anak selebriti dan dia sendiri juga seorang selebriti, bila ada orang nak bergambar, kami tidak akan halang. Ke mana kami pergi kami tidak akan post on real time, pernah post pada waktu sebenar tiba-tiba ramai serbu dekat restoran itu. Waktu di Brunei dan Singapura orang akan tunggu Lara di airport. Bawa bunting, teddy bear, cupcakes. Sampai hotel ramai orang kirim hadiah dekat pihak hotel. Saya sebenarnya sedih dan pernah berbincang dengan Scha, takut apabila dia besar sebenarnya dia tidak mahu dikenali, dan salahkan kami, saya berharap sangat dia menjadi seorang yang kuat. Saya berharap juga Lara dapat berbakti balik kepada masyarakat.

See also
GLAM Expose: Marrying Rich! Ibu Groom Anak Sebagai Bon Masa Depan

Dalam membesarkan anak, dia buat saya rasa lebih positif dalam kehidupan. Kadang-kadang dia akan tegur saya “Daddy that is not nice, why you talk so loud,” daddy please sit while you are eating,” Dan apabila saya leka dengan telefon,“Daddy enough, put down your phone, no phone please.” Dan ada kala saya ralit mengambil gambarnya, “Daddy enough you are taking too much photos, enjoy the moment,” Lihat begitu banyak yang dia ajar saya biarpun dia masih kecil. Dan kadangkala dia akan menegur kalau grammar bahasa Inggeris saya berterabur kerana kosa kata dalam Bahasa Inggeris dan tata bahasanya cukup bagus.

Bagi saya parenting pada zaman sekarang sudah berubah kerana semua benda sudah dikongsi bersama.  Kalau nak cakap pasal duit, isteri juga cari duit untuk keluarga. Bila kita jaga anak sendiri, kita akan lebih memahami mereka. Kita seperti kenal setiap inci mengenai anak kita, cara pandangan dia, bahasa tubuhnya dan senyuman dia saya tahu apa dia mahu. “Daddy, daddy let me massage your back,” dah tiga saat dia picit saya, dia beritahu nak apa. Hari ini tiada istilah suami seperti raja, saya rasa era ini suami lebih banyak membantu isteri.