Ilham - Idea Hias Meja Santapan Merai Tetamu - Glam Malaysia

Ilham – Idea Hias Meja Santapan Merai Tetamu

Dari mata turun ke hati terus menawan tunas rasa. Penggayaan di meja makan sering diambil enteng sedangkan ia adalah perkara utama apabila merai tetamu. Biarpun sekadar tea time, pastikan semuanya bersentuhan indah teratur malah memudahkan kerja merai.

Slide untuk lihat gambar. 

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Monokrom Hitam Putih

Diilhamkan dari seni bina banglo kolonial di Singapura. Dedaun kehijauan memberi sentuhan lebih lembut.

Dari kanan pinggan kecil berjalur dan reben hitam diperindahkan dengan kelim emas. Pinggan bercorak polka-dots dan bintang. Cawan pelbagai corak geometri dihidang bersama jag susu. Dulang kek dihiasi kelim bersadur emas. Dulang menghidang corak harlequin. Dulang kek bersaiz kecil dan teko the kesemuanya daripada Danovel. Santapan tidak sempurna tanpa kehadiran empat set kutleri daripada Bitossi Italy Retro dan dua set lagi daripada Lovera Collections. Pasu dan gelas kaca jernih, Egg3.