Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 30, antara bintang pelakon dan pengacara televisyen yang dianggap bertuah. Walaupun memulakan karier lakonan agak lewat tetapi dalam waktu yang singkat namanya mudah mendapat tempat. Inilah yang dikatakan sebagai tuah. Gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini adalah pemegang Sarjana Muda Sains dan Ekonomi di Universiti Monash, Melbourne, Australia. Jasmine memulakan kariernya sebagai wartawan sukan dan bakatnya itu dicungkil oleh Abu Bakar Atan ketika menghadiri satu ujibakat. Jasmine kemudian memasuki dunia lakonan dan kini popular dengan filem Paskal serta drama bersiri Alamatnya Cinta berazam untuk untuk memperbaiki mutu lakonannya dan membuka dirinya untuk apa sahaja watak atau karakter yang akan diberikan pengarah kepadanya. Dia mahu versatil dalam bidang lakonan.