Datin X: Suami Gay Anak Pun Gay - Glam Malaysia

Datin X: Suami Gay Anak Pun Gay

Datin Natrah dan Datin X baru saja kenal, tetapi kami memang ada chemistry. Sebab itulah kami boleh jadi teman rapat. Datin X memang alergik dengan orang yang fake dan berlagak memanjang ni. Yang perasan hot walaupun tua kerepot pun not in my circle of friends ya! Natrah ini, orangnya telus dan tidak berselindung. Datin X suka padanya.

Kami sama-sama berusia 50 tahun. When you reach your mid-life, all that matter is happiness. Sedang kami duduk mengopi di Acme, Troika, tiba-tiba Natrah bertanyakan satu soalan pada Datin X. “Are you happy with your life?” Saat mendengar soalan itu, rasa sukar untuk menjawabnya. 50 tahun hidup di dunia segala asam garam kehidupan sudah dikecapi. Suka dan duka menjadi peneman sepanjang hayat ini.

Tetapi Datin X percaya, Natrah sangat bahagia dengan hidupnya. Kerana setiap kali bertandang ke rumah, melihat suami dan anak-anak melayannya, secara tak sedar hinggap perasaan iri pada diri Datin X. Apabila ditujukan soalan itu kepadanya pula dia bercerita apa yang berlaku sepanjang 50 tahun hidupnya.

Bayangkan di usia 50 sebelum hendak ke mana-mana, Natrah  dan suami pasti berkucup mulut sebagai memberi tanda restu pada pasangan. Anak-anak pun bukan main manja. Dah besar panjang masih baring di riba mummy kala menonton TV. Aduh kalau berfikir hubungan Datin X dan anak-anak pula, asyik terjerit pekik sahaja di rumah. Ada sahaja yang membuatkan Datin X naik angin dengan kerenah anak-anak.

See also
Korner Mak Datin: Kerana Harta Dan Jenama, Anak Muda Berlagak Dewasa

Perkahwinan Natrah dan Osmadi bukan yang pertama buatnya. Terlebih dahulu Natrah di kala usia 21, berkahwin dengan lelaki jenis kaki pukul. Habis lebam-lebam badan dikerjakan bekas lakinya. Sepak terajang itu dalam seminggu mesti ada dua tiga kali. Sampailah bulan keenam perkahwinan dia menfailkan fasakh dan akhirnya terlepas dari cengkaman lelaki durjana yang kerjanya tahu menghabiskan duit Natrah sahaja.

Duit tidak menjadi isu bagi Natrah, kerana dia memang dilahirkan dalam keluarga berada. Apa yang ditagihnya hanyalah cinta daripada lelaki. Ayahnya meninggal sewaktu dia berusia empat tahun dan pada usia semuda itu dia tidak dapat mengingat apa jua memori bersama ayahnya. Hanya gambar sebagai pengubat rindu. Ibunya pun tidak pernah berkahwin lagi selepas kematian ayah. Natrah dua beradik sahaja dengan kakaknya.

Selepas peristiwa hitam itu, setahun kemudian Natrah berjumpa Osmadi yang masih bujang walaupun lelaki itu 10 tahun lebih tua daripadanya. Orangnya memang penyayang, berbudi bahasa dan amat santun. Waktu itu Natrah rasakan, bahagia itu miliknya. Hidupnya tidak lagi berendam dengan air mata kerana bersama Osmadi bibirnya tak lekang mengukir senyuman bahagia. Empat bulan perkenalan, Natrah dan Osmadi putuskan untuk berkahwin. Natrah menjalankan perniagaan hartanah dan Osmadi memiliki firma arkitek sendiri. Kira sepadanlah mereka berdua ini.

See also
Sembang Fesyen: Hatta Dolmat

Untung Natrah, Osmadi suka memasak. Macam-macam resepi baru dia masakkan untuk Natrah. Tetapi ya, kekurangan Osmadi ialah tidak aktif di ranjang. Dalam sebulan hanya sekali mereka bersama. Walaupun hampa, tetapi Osmadi suka bermanja-manja dengannya. To him, cuddling is enough, sex is not a necessity. Kalau bergaduh selalunya kerana kalau rumah tidak kemas dan tersusun. Kerana Osmadi ada OCD. Jadi segalanya haruslah teratur. Bukan rumah Natrah bersepah ya, ini macam buku disusun senget pun boleh buat dia melenting. Padanlah Datin X kalau ke rumah Natrah sangat bersih dan kemas!

Tahun kedua mereka dikurniakan anak sulung lelaki. Ya Tuhan, kata Natrah, Osmadi punya gembira dapat anak tak terkira. Kalau tengah malam anak nangis ke apa ke, dia yang bangun berjaga malam. Pembantu nak tolong pun dia tidak benarkan. Begitulah penyayangnya Osmadi ini. Setahun kemudian Natrah mengandung lagi dan anak kedua mereka juga lelaki. Seperti biasa Osmadi yang uruskan segala-galanya. Jadi anak-anak memang lebih mesra dengan Osmadi. Tambah-tambah mereka anak lelaki apa-apa dikongsikan dengan papa mereka.

Setelah 12 tahun perkahwinan, Natrah seperti terkena serangan jantung apabila mendapat tahu Osmadi sebenarnya gay! Dia langsung tidak pernah syak Osmadi adalah gay walaupun gayanya sedikit lembut kerana pada fikiran Natrah, Osmadi adalah lelaki santun yang berbudi bahasa. Ini kerana satu hari Natrah perlukan pendrive dan dalam tergesa-gesa dia mencapai external hard disk milik Osmadi. Ada satu folder yang penuh dengan lelaki telanjang membuatkan tangannya gementar dan tubuhnya seram sejuk. Dan dibuka folder lagi satu memaparkan video adegan seks Osmadi bersama lelaki lain. Kerana terlalu terkejt setitik air mata pun tidak jatuh.

See also
Peminat Mahu Amber Heard Digugurkan Daripada Aquaman 2

Apabila dia bersemuka dengan Osmadi mengenai itu, Osmadi terus menangis dan mencium kakinya sambil meminta ampun. Walau terlalu marah dan kecewa, Natrah maafkan Osmadi kerana dia tidak sanggup berpisah dengan Osmadi. Natrah menganggap dia tidak pernah tahu perkara itu. Dan mereka merahsiakan itu daripada anak-anak. Semenjak hari itu, hati Natrah kosong dan hidup dalam penuh kepura-puraan. Di sudut hatinya dia tahu Osmadi masih mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Hari ini kedua-dua anaknya sudah remaja, dan dia mendapat tahu anak-anaknya juga adalah gay kerana dia terjumpa banyak DVD lucah gay di kamar mereka. Dan apabila dia naik hantu dengan anaknya, jawab mereka, “papa said it’s okay to love a guy.”

Natrah rasa hidupnya tamat apabila anak-anaknya juga bernafsu songsang. Dia salahkan dirinya kerana terlalu mempercayai Osmadi mendidik anak-anak. Apa boleh buat kerana nasi sudah menjadi bubur. Tidak mahu keluarganya porak peranda hanya doa menjadi penawar Natrah mengubati lara hatinya. Bahagia Natrah yang dilihat Datin X selama ini adalah bahagia pengorbanan seorang ibu dan isteri.