ALLY MUKHRIZ - Glam Malaysia

ALLY MUKHRIZ

Meera Alyanna Datuk Seri Mukhriz, 23, atau lebih dikenali sebagai Ally Mukhriz. Gadis cantik ini sebelum ini jarang berada di Malaysia kerana menuntut di London dan kini telah kembali ke tanah air selepas menggengam Ijazah Sarjana Strategic Marketing dari Imperial College Business School. Dia adalah anak kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz dan cucu kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Menyingkap diari fesyen Ally, dia menyanjungi pereka Virgil Abloh yang menurutnya telah berjaya menaikkan martabat fesyen ke fasa yang lebih moden dan chic. Untuk pereka berpengalaman, dia memilih Karl Lagerfeld yang memberi fenomena pada setiap koleksinya. Ally selesa dengan gaya high street fashion. Ally turut berkongsi cerita mengenai drinya yang tidak akan keluar tanpa mengenakan jam tangan. Innai Red, Farah Khan, dan Alia Bastamam adalah jenama tempatan yang paling digemarinya. Kini Ally obses mengumpul kasut sneakers daripada Dior, Gucci, Louis Vuitton dan kegemarannya adalah Converse yang sudah dikumpulnya sejak tujuh tahun lalu.

See also
Trend - Warna Kehidupan Jotun untuk 2018