Tribute to Asia Pacific & The Middle East - Tumi x Chris Pratt

Tribute to Asia Pacific & The Middle East – Tumi x Chris Pratt

Kolaborasi Tumi bersama bintang terkenal dunia bukan satu berita baru, namun lain pula kali ini apabila Tumi telah mengumum langsung melancarkan koleksi baharunya bersama aktor kacak Chris Pratt. Chris Pratt bukan nama asing dalam arena lakonan antarabangsa, resume kerjayanya yang tersusun rapi dengan membintangi filem yang kesemuanya pecah panggung seantero dunia seperti Guardian of the Galaxy dan Avatar. Sementelah kerjayanya merai gemilang yang luar biasa, ia menuntut Pratt untuk menjelajah ke serata dunia dan apabila berbicara mengenai kembara, Tumi adalah pilihan utamanya. Atas kepercayaan aktor antarabangsa ini kepada jenama mewah ini, Tumi x Chris Pratt merai reputasi yang luar biasa. Segala-galanya bermula sewaktu Pratt berada di Hong Kong bersama pengarah kreatif TUMI, Victor Sanz mengenai set pertama kempen. Sebagai pengguna setia produk TUMI, Pratt memberikan idea tentang apa yang dia inginkan dalam beg yang ideal. Dan dari perbualan kecil ini telah menjadi realiti.

“Apabila mengembara, penting untuk membawa bersama-sama sesuatu yang sentiasa dekat dihati seperti bagasi saya, ia sentiasa malar segar dan menemani saya di kamar hotel. Setelah menggunakan TUMI selama sepuluh tahun yang lalu, kini saya bisa berbangga kerana mempunyai koleksi yang dekat di hati dan ia mempunyai ciri-ciri peribadi tersendiri.” Ujar Pratt. Sentuhan peribadi” yang Pratt merujuk untuk memasukkan satu siri butiran reka bentuk yang kami dapat menghargai juga. Koleksi TUMI x Chris Pratt mempunyai sembilan koleksi yang direka untuk memudahkan perjalanan; atau mengikut TUMI, ‘menyempurnakan perjalanan’. Koleksi Tumi x Chris Pratt dibintangi Backpack Duffel 2-in-1 yang pada dasarnya adalah beg yang boleh dibawa sama seperti ransel, atau sebagai duffel dengan pemegang terpasang yang terletak di petak hadapan. Backpack Duffel 2-in-1 (terdapat dalam variasi kecil atau besar) direka dengan dua poket yang dibarisi kalis air yang juga dilengkapi dengan lubang udara-sempurna untuk kasut gim, pakaian basah atau apa sahaja yang boleh meresap.

See also
5 Filem Hebat Lakonan Ario Bayu, Hero Gadis Kretek

Koleksi TUMI x Chris Pratt turut menampilkan Short Trip Front Lid Expandable Packing Case and International Front Lid Expandable Carry On, Large Travel Laptop Case and Reno Kit, Packing Cubes, TUMI x Chris Pratt Packing Cube in Grey & Orange, TUMI x Chris Pratt Large Packing Cube in Grey & Orange, TUMI x Chris Pratt Extra Large Packing Cube in Grey & Orange, TUMI x Chris Pratt Rubik’s Cube dan TUMI x Chris Pratt S’well 17oz Bottle

Explore the TUMI x Chris Pratt collection at TUMI retail stores and TUMI.com