HANEESYA HANEE - Glam Malaysia

HANEESYA HANEE

Saat saya turun ke lobi untuk menyambut kehadiran model yang sudah membina namanya ini, dia kelihatan sedikit malu-malu barangkali kerana ditemani oleh ibunya yang juga merangkap pengurusnya. Namun auranya sebagai seorang bintang jelas terasa pada pertemuan itu. Kecantikan eksotiknya masih terserlah biarpun di balik pemakaian topi yang menutup wajah. Liuk tubuhnya sememangnya mempamerkan gaya yang tersendiri dan bersahaja. Menariknya gadis yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik ini dibesarkan oleh ibunya secara sendirian.

Menurutnya dia mengalami disleksia, minor talasemia juga masalah scoliosis. Haneesya tidak melihat penyakitnya itu sebagai satu kekurangan tetapi sebaliknya menjadi pemangkin pada dirinya yang memulakan kerjaya pada  usia yang muda. Bermula dalam bidang teater, dia mengorak langkah ke dunia peragaan pada usia 15 tahun dan mula membantu pendapatan keluarga saat usianya 17 tahun. Kini  Haneesya mula menceburi bidang lakonan, salah satu drama terbitan stesen televisyen swasta telah mula membuka peluang dan menjadikan dia lebih dikenali.

See also
12 Akaun Media Sosial Eksklusif Kerabat Diraja Terkenal

“Bagi saya ibu adalah sumber kekuatan kerana dia sentiasa bersama saya saat saya naik dan jatuh, susah dan senang. Meski saya pernah mengecewakannya , dia tetap berada di sisi untuk menolak saya bangkit semula dan tidak berputus asa. Tanpa dia, saya bukanlah individu yang kuat hari ini. Bagi saya tiada apa yang mampu menjatuhkan saya selagi saya mempunyai sokongan keluarga di sisi.”

PENYELARAS & PENATA GAYA : YANA BAHARUDIN  TEKS & PEMBANTU PENYELARAS : SHAHRIL HADI HALIM  ARAHAN SENI : MAHIRAH NADZLIM GAMBAR : KEENKY YONG SOLEKAN : SYED FAIZAL SYED NOH & TIAR ZAINAL DANDANAN : FENDI SANI & AYANG KAMELL RIASAN KUKU : NAILS AND CLAWS

Dipetik daripada GLAM Isu MAC 2019.