Coach x Michael B. Jordan Kolaborasi Eksklusif Buat Peminat Naruto - Glam Malaysia

Coach x Michael B. Jordan Kolaborasi Eksklusif Buat Peminat Naruto

Buat peminat setia siri manga Naruto, Coach telah melancarkan kolaborasi unik bersama pelakon antagonis Black Panther, iaitu Michael B. Jordan. Kerjasama ini adalah yang pertama kali dilakukan Coach bersama Michael yang juga seorang produser dan juga global face untuk jenama pakaian lelaki berkenaan.

 

Diilhamkan daripada minat Michael terhadap siri animasi Jepun itu dan berpandukan kepakaran eksklusif Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers, maka terhasil koleksi fesyen lengkap ready to wear uniseks, kasut dan juga bag berinspirasikan siri manga kegemaran ramai itu. Setiap koleksi Coach x Michael B. Jordan dihiasi dengan trademark eye yang sangat popular dalam animasi Naruto. Koleksi ini juga bijak dalam menampilkan elemen karakter animasi ini yang pelbagai di setiap produknya dari pakaian, bag sehingga pada kasut.

Rekaan Coach x Michael B. Jordan sememangnya memberikan satu kelainan dan tampak fresh buat peminat jenama terkenal ini. Sempena kolaborasi ini juga, Coach telah memperkenalkan kempen yang menggabungkan nilai dan hasil tangan serta kemahiran sinematik Jordan dan ikonografi mistik Naruto.

See also
Himpunan Seni Man Chien

Coach juga meraikan koleksi ini secara global di pop-up store Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat. Semua koleksi Coach x Michael B. Jordan ini boleh didapati di butik Coach bermula 7 Oktober 2019. Slide gambar di bawah untuk melihat koleksi ini.

1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse