Gucci Orgasmique - Glam Malaysia

Gucci Orgasmique

Gucci Hub di Milan mengumpulkan media, selebriti, influencers juga kelompok penting fesyen dalam menyampaikan apa yang terbaru buat Gucci musim bunga 2020. Set yang cukup menarik dengan menggunakan elemen travelator sebagai pentasnya petang itu, kami disambut dengan cahaya merah kemudian seluruh kawasan diterangi dengan pencahayaan putih. Duduk di atas waiting chairs umpama di hospital, Alessandro Michele membuka pentas dengan straitsjacket dan uniform sebelum memperkenalkan rekaan musim bunganya. Sebanyak 89 looks buat himpunan baru ini, dan ratanya tampil lebih ringkas berbanding himpunan sebelum ini yang dikenali dengan aturan maximalism.

Tailoring yakni suit antara rekaan yang menjadi highlight buat lelaki dan wanita. Rekaan yang mula diperkenalkan sejak musim luruh 2019, hadir lebih elegan dengan sentuhan fabrik duchess satin. Era 70-an turut disenyawakan dengan kehadiran fabrik labuci dalam adunan lebih mewah. Menghangatkan himpunan ini dengan kehadiran helaian seksi renda, fabrik jarang serta mainan aksesori-aksesori nakal seperti coker dan sarung tangan kulit patent. Alessandro Michele mengembalikan kemeriahan arkib era 50-an dengan beg Gucci Horsebit 1955 seperti yang digayakan Neelofa sewaktu menghadiri pentas musim bunga Gucci. Musim bunga nanti juga Gucci menyuntik beg tangannya dimana setiapnya dibaluti kulit eksotik yang tentunya lebih mewah.

See also
Kempen Terbaru Dior Menyentuh Topik Feminisme

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse