Pelakon yang sedang hangat dengan filem Dendam Pontianak, Nur Fazura terbang ke New York untuk menjadi selebriti eksklusif buat acara Coach yang berlangsung di Minggu Fesyen New York. Ini sudah menjadi tahun ketiga Fazura dan Coach berkolaborasi untuk menjadi aktress tunggal sebagai penyeri barisan utama Coach di New York.
Coret-coret indah Fazura di Minggu Fesyen New York tentu sekali ketika menghadiri parti The Coach Originals yang merai akrib jenama New York ini. Selain itu, pelakon hebat ini berselisih bahu dengan kelompok fesyen atasan New York seperti Anna Wintour, Lucky Blue Smith dan Stuart Vevers sendiri. GLAM’s favorite fashion darling ini sempat merakam OOTD dalam ceraian terbaru ilham Coach daripada koleksi musim luruh 2019.