Hortus Deliciarum : Debut Perhiasan High Jewelery Gucci

Hortus Deliciarum : Debut Perhiasan High Jewelery Gucci

Gambar: Gucci

Pengarah Creative, Alessandro Michele, melebarkan penguasaan Gucci dengan persembahan memukau di minggu Paris Couture 2019. Tidak terhenti di situ, tugas penting seterusnya dalam agenda perintis Michele adalah untuk memukau anda dengan kemewahan perhiasan High Jewelery menerusi koleksi Hortus Deliciarum.

Untuk mencapai misi terbaru ini , Michele membuat keputusan bijak untuk membuka butik Gucci yang pertama yang didedikasikan untuk perhiasan High Jewelery di Paris ‘Place Vendôme, Paris. Sarat dengan sentuhan lambang terhalus, permata berlapis dan sangat rumit. Hortus Deliciarum diibaratkan sebagai latin for garden of delights. Michele menerangkan koleksi 200 koleksi hasil daripada “eclectic quixotism vision” yang menarik pada motif peribadinya dan ikonografi rumah Gucci yang tersendiri.

 

Koleksi Hortus Deliciarum menampilkan kaleidoskop batu permata berwarna-warni yang menarik, masing-masing membangkitkan bunga mekar di hutan. Koleksi ini diilhamkan oleh tiga tema termasuk: penghormatan kepada lambang cinta abadi klasik, keagungan kerajaan haiwan, membangkitkan penglihatan dari bestiary mitologi dan fauna kuno, serta solitaire tunggal yang ditakrifkan dengan daya tarikan maksimalis.

See also
Since 1854 Menguntum Memori Vintaj

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse