Selamat Bersalin Anak Perempuan, Che Puan Sarimah Ibrahim Kini Bergelar Ibu
Tahniah dan selamat berpantang kepada pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim yang selamat bersalinkan anak perempuan pagi tadi.
Sarimah turut berkongsi berita gembira terbabit menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya sebentar tadi, dan nyata ramai yang teruja dengan kelahiran anaknya.
Dalam pada itu, Sarimah juga turut mendedahkan nama yang diberikan kepada anak pertamanya iaitu Tunku Sofia Najihah, yang bermaksud maksud kemenangan yang indah dalam Islam. Selain itu, Sarimah juga turut berterima kasih kepada semua yang menyokong dan memberikan ucapan tahniah kepada dia dan suami.
Sebelum ini, Sarimah selamat bernikah dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015.