Wajah Anak Malaysia Terpampang Di Times Square NY! Yuna Sekali Lagi Cipta Sejarah
There’s nothing slowing her down! Baru-baru ini, jutaan rakyat Malaysia teruja apabila wajah penyanyi kebanggaan kita semua Yuna ‘muncul’ di sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) di tengah-tengah kotaraya Times Square, New York, Amerika Syarikat.
Billboard tersebut terang-terang memaparkan wajah Yuna dalam rangka promosinya album terbarunya, Rouge. Untuk pengetahuan, Rouge yang merupakan album keempat penyanyi ini yang dilancarkan pada Jumaat. Yang menariknya, gambar Yuna bercucuk sanggul dan menyarung busana meleret berona merah dalam bingkai kulit album terbarunya ini nyata mengujakan seolah-olah Yuna tidak pernah melupakan asal usul dan tradisi negara tumpah darahnya.
Hantaran Yuna di akaun Instagram miliknya menerima ribuan komen daripada barisan selebriti dan juga peminatnya yang nyata berbangga dengan pencapaian Yuna, atau nama penuhnya Yunalis Zarai.
Sedikit info tentang album barunya ini, Rogue bermaksud merah dalam Bahasa Perancis yang menandakan cinta, semangat dan kekuatan. ‘Rouge’ turut menampilkan lagu hasil kolaborasi dengan nama-nama besar industri muzik antarabangsa terkenal, termasuk G-Easy, Jay Park, Kyle dan Tyler, The Creator.