Use your ← → (arrow) keys to browse
Rekaan dinding berpanel atau wainscoting telah mendapat perhatian orang kita untuk beberapa lama. Pemilik kediaman boleh memilih reka bentuk dan jenis panel mengikut cita rasa dan bajet. Panel wainscoting boleh dibentuk daripada kayu padu, potongan kayu atau dari bahan plaster. Biarpun teknik ini sinonim dengan gaya dekorasi Eropah dan Inggeris, ternyata teknik wainscotting menjadi pilihan untuk memberikan rasa kontemporari pada ruang kediaman.