Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa

Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa

Orang kata, selebriti juga jalani kehidupan serupa dengan kita sebagai insan biasa. Disebalik susuk wajah jelita atau tampan, mereka punya penyakit berbahaya, hidup dalam rahsia tersendiri dan memiliki hobi yang meragut nyawa secara tragis. 

 

Terdapat sorotan cerita berbeza yang GLAM mahu kongsi. Disebalik wajah jelita dua persona, mereka rupa-rupanya diserang dua penyakit berbeza namun memberi efek pada buah pinggang masing-masing.

 

Kemasyhuran tidak menjamin kehidupan sempurna kerana tekanan mampu membawa padah. Ada segelintir terlibat dengan pengaruh dadah yang membawa padah kehidupan. Pada mereka, tanpa kebebasan hidup hanya dadah mampu mententeramkan fikiran. Gaya hidup seks bebas turut mengundang penyakit membawa maut.

 

Bermacam lagi kisah yang pastinya setiap satu diharap dapat menjadi perkongsian bermakna sebagai pengajaran hidup. Kadang-kadang anda perlu bersyukur dengan kehidupan kerana orang lain mungkin mempunyai masalah lebih berat daripada dialami sendiri.

 

1 of 4

Selina Gomez & Sarah Hyland

See also
Keraian Fesyen Meriah Dan Glamor Pada Malam GLAM x Glam Lelaki Fashion Night Out 2019 Bersama COACH

 

 

Kesihatan Selena Gomez merosot akibat lupus dan dia menerima buah pinggang daripada sahabat baiknya pelakon Francia Raisa. Kedua-dua mereka mendapat perhatian media dan menjadi contoh kepada masyarakat. Sebaliknya orang ramai turut mengetahui kisah pelakon Sarah Hyland yang menghidap kidney dysplasia pada usia 9 tahun.

 

Menjelang 2012, Sarah menerima buah pinggang bapanya dan terbaru adik lelakinya. Deraian air mata berjujuran saat dia menceritakan kisah tersebut. Malah dia turut berkongsi parut yang bertanda di perutnya. Dua kali melakukan pembedahan, kini Sarah lebih sihat dan bahagia dengan cintanya. Siapa sangka wanita penuh ketawa di dalam kehidupannya di depan lensa sebenarnya menyimpan rahsia besar.