Lady Gaga & Angelina Jolie: Sakti Godaan Mereka Sebagai Perampas -

Lady Gaga & Angelina Jolie: Sakti Godaan Mereka Sebagai Perampas

And, Bradly I love you.” Itu penghujung ucapan kemenangan Lady Gaga di Golden Globes disambut senyuman manis Irina Shayk dan Bradly Cooper itu sendiri. Sejauh mana keikhlasan mereka?

 

 

Ketika melihat rangka promosi A Star Is Born, kemesraan Bradly dan Gaga diluar kawalan. Terserlah kemesraan mereka terjalin, saat berjalan berpegangan tangan terutama kala Gaga membetulkan bow tie di filem festival Itali. Ternyata Irina melakukan perkara sama di depan Gaga pada malam Golden Globes.

 

Saat Bradly dan Gaga saling memuji di dalam interbiu mereka, ura-ura mengatakan Bradly dan Irina sudah tidak tinggal sebumbung. Namun, pasangan yang memiliki seorang anak itu masih bersama dan menunjukkan kemesraan mereka pada malam anugerah tersebut.

 

Sesetengah berkata, ah, mereka hanya membawa kemesraan daripada filem A Star Is Born. Kemesraan yang mungkin sengaja diciptakan. Tetapi Irina perlu ambil tau sejarah Lady Gaga bersama bekas tunang Taylor Kinney.

 

Mereka bertemu menerusi muzik video You and I dan ketika itu Taylor Kinney mempunyai teman wanita. Menurut Brittany Sackett, dia terdengar kekasihnya itu bermesra menerusi telefon secara sembunyi-sembunyi.

See also
Kylie Jenner Akhirnya Membongkar Kisah Sebalik Sumpahan Kardashian

 

 

Sementara itu tersebar berita di tabloid Angelina Jolie dalam proses memikat David Beckham. Memang berita itu kebarangkalian hanya cerita kosong nanum semua orang masih tidak dapat melupakan bagaimana Angelina merampas Brad Pitt daripada Jennifer Aniston.

 

Filem Mr. & Mrs. Smith telah menghancurkan rumah tangga pasangan disayangi ramai kerana Jennifer menerusi siri Friends memberi imej wanita hebat dan terbaik. Angelina yang sememangnya berkarakter aneh sebelumnya telah berhasil menggoda Brad dan mereka memiliki 6 orang anak bersama.

 

Melihat muzik video Gaga dan filem Brangelina, getaran sensual di antara mereka terserlah sekali. Tidak hairan lah hubungan tersebut berkembang di luar lokasi. Begitulah kehebatan dua wanita besar di arena seni lakonan dan nyanyian yang mampu menjatuhkan lelaki sekelip mata.