Diari - Khasiat Sebenar Teh Daun Zaitun - Glam Malaysia

Diari – Khasiat Sebenar Teh Daun Zaitun

Daun zaitun dipetik segar dari ladang Stone & Grove di Victoria, Melbourne Australia.

 

Ramai yang arif mengenai kegunaan zaitun termasuk khasiat buah, tinggi kandungan zat minyak, tetapi masih ramai tidak tahu mengenai kebaikkan teh daun zaitun! Stone & Grove bertapak di Victoria, Melbourne, Australia mempersembahkan rangkaian istimewa teh daun zaitun.

 

Jenama ini mengguna pakai kaedah tradisional Jepun dalam penghasilan teh hijau untuk memproses teh daun zaitun Stone & Grove. Daun zaitun dipetik segar dari ladang di Australia langsung terus distim dan dikeringkan sebagai daun teh. Keseluruhan proses ini hanya mengambil masa 4 hingga 6 jam selepas daun dipetik – menjamin kesegaran dan kualiti teh.

 

Anda boleh memilih teh yang disuntik rasa herba berbeza mengikut keperluan tenaga dan tubuh.

 

Anda boleh memilih teh daun zaitun yang diinfused rasa berbeza termasuk, Olive Leaf Tea with Lemon & Ginger yang bagus untuk menguatkan sistem imuniti; Olive Leaf Tea with Lemongrass & Ginseng membantu meningkatkan tenaga; Olive Leaf Tea with Citrus & Calendula buat membuang segala toksin dalam tubuh (detox); dan Olive Leaf Tea with Chamomile & Red Rose, membantu meningkatkan kesihatan wanita.

See also
GLAM Deko Ruang - Dekorasi Hitam & Putih

 

 

Cara menyediakan teh daun zaitun Stone & Grove dengan hanya merendam uncang teh dalam air panas selama 2 minit atau lebih mengikut kepekatan rasa teh yang diingini. Sebaiknya nikmati teh daun zaitun tanpa gula agar tidak pudar rasa teh asli.

 

Jenama Stone & Grove turut mengeluarkan produk minyak zaitun berkualiti.