Sut Kontroversi Cara Delevingne Mendapat Kelulusan Puteri Eugenie

Sut Kontroversi Cara Delevingne Mendapat Kelulusan Puteri Eugenie

Pagi Jumaat yang hening tanggal 12 Oktober 2018 menjadi saksi kepada penyatuan Puteri Eugenie dan teman hidupnya Jack Brooksbank di Gereja St. George, Istana Windsor.

 

Gambar WPA POOL/MEGA

Namun selain Puteri Eugenie yang tampil menawan pada hari istimewanya itu, teman kepada Puteri Eugenie, model, aktres, dan penulis Cara Delevingne mencuri perhatian ramai dengan tuxedo segak Emporio Armani pada hari itu.

 

Ramai menganggap keputusan Cara Delevingne untuk mengenakan tuxedo tersebut sebagai satu tindakan yang kurang sopan dan melangga protokol kerabat diraja. Mengikut protokol pakaian buat tetamu wanita, mereka harus mengenakan “day dress with hat,” namun kini model tersebut tampil dengan penjelasannya sendiri.

 

“Eugenie merupakan sahabat saya sejak kecil lagi dan saya sudah lama berhasrat untuk mengenakan tails. Saya menghantar mesej kepadanya, kerana saya tidak pasti, dan dia membalas dengan ‘Sudah tentu, kerana itu yang saya harapakan daripada awak!'”

 

Malah Delevingne menyatakan ramai juga teman-temannya yang memuji keputusannya itu dengan kenyataan seperti “Awak sungguh berani mengenakan tuxedo tersebut!” dan dia sendiri merasa terkejut dengan pujian yang diterimanya. “Saya merasa lebih selesa begini sejujurnya.”

See also
Hubungan Taylor Swift dan Joe Alwyn Semakin Ekslusif

 
[envira-gallery id=”85686″]