New Age Debutante: Marisa Soraya

New Age Debutante: Marisa Soraya

MELAYARI HIDUP DALAM KELUARGA KENAMAAN, BARISAN NEW AGE DEBUTANTES INI, MARISA SORAYA BERKONGSI SELERA FESYEN DAN MENGANGKAT IBU MEREKA SEBAGAI IKON DALAM HIDUP.

 

Gambar Bibo Aswan

MARISA SORAYA Mazlan Baru berusia 20 tahun, sememangnya dia sudah terdedah dengan kelompok fesyen semenjak dia kecil lagi. Ini kerana ibunya, June Baharuddin, pernah menjadi buruan banyak majalah suatu masa dulu dan dilabel sebagai fashionista kota. Mengimbas kembali 10 tahun yang lalu, June Baharuddin terpilih menghiasi majalah GLAM sebagai salah seorang 50 Most Glam untuk tahun 2006. Tiba masa untuk si anak pula mewarisi kemasyhuran si ibu. Marisa akui ibunya adalah selayaknya menjadi fesyen ikon. Sejak dari kecil dia lihat June bersiap cantik dengan aneka helaian pereka. Malah masa kecil dia pun sudah puas mencuba helaian ibunya dan berangan angan di hadapan cermin. Daripada situ dia mula jatuh cinta segala-galanya yang berkaitan dengan fesyen.

 

Semakin meningkat remaja, Marisa mula bereksperimen dengan fesyen high street style untuk gaya hariannya. Dia juga turut menyokong pereka-pereka tempatan. Antara jenama yang kena dengan selera fesyennya adalah Alia Bastamam, Tengku Syahmi, dan Afiq M. Kalau koleksi dari pereka antarabangsa pula Balmain, Dior, dan Versace adalah trademarknya. Satu tentang Marisa, dia juga suka jenama seperti Adidas, Stella McCartney, dan Puma. Apabila menghadiri majlis, dia akan memakai helaian couture dan dipadankan dengan sneakers. “I am always the girl in a gown and a sneakers at a party. That’s me!” Saya diberitahu yang beg tangan Givenchy adalah her latest guilty pleasure!

See also
Korner Mak Datin: Datin Caras Sahabat Baik

 

Ya, orangnya sangat ramah. Senang didekati. Sesiapa sahaja yang berbual dengannya pasti akan berasa senang. Dalam persalinan Gucci, Marisa berkongsi cita rasa dan ideologi fesyen bersama ibunya sejak dia kecil lagi. “Banyak yang saya pelajari daripada ibu untuk penataan gaya pada diri. Ada masa ibu akan bangga apabila saya bergaya sepertinya dulu-dulu. I tried the whole dark lip look and showed her and she’s like “Marisa, I did that ages ago ok.” Hahaha! Saya cukup mengagumi ibu dalam pelbagai aspek. Dia seorang wanita yang berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh pada prinsip hidupnya. I hope I will look like her too as I get older as I think she is still hot now!”

 

Marisa menanam impian untuk bergelar CEO dan memiliki syarikat perhubungan awam dalam industri fesyen satu hari nanti. Membesar dengan melihat kejayaan ibunya sebagai usahawan menguruskan Galeri Tangsi suatu masa dulu menjadi pembakar semangat untuk dia sama berjaya persis ibunya. Buat masa ini Marisa mengharapkan untuk bekerja sebagai pegawai perhubungan awam dalam arena fesyen untuk mempelajari dengan lebih terperinci selok-belok dunia perhubungan awam ini.

See also
Taruhan Neelofa Mengangkat Namanya Ke Persada Dunia

 

Nasihat paling bernilai daripada ibu? “Saya amat terharu apabila menerima kad hari jadi yang ke-15 daripada ibu yang bertulis, “You are my gorgeous star and don’t let anyone else make you think otherwise.” Dan saya berpegang pada kata-katanya sehingga ke hari ini. Dan hadiah yang paling istimewa dari kedua ibu bapa saya ialah chocker berlian berbentuk bintang and it was way before the trend became popular.” Marisa juga akui kadang-kadang dia dan ibunya berlainan pendapat tetapi, ibunya akan cuba fahami situasinya dan mereka berbual mengenai sesuatu isu bersama. Mereka juga lazimnya akan luangkan masa bersama dengan bergosip dan makan makanan kegemaran mereka yakni nasi ayam Hainan atau kuey teow kantonis.

 

Gambar Bibo Aswan

Bercerita mengenai dirinya, Marisa percaya personaliti dirinya yang ramah dan mudah bergaul adalah aset terbesar pada dirinya. “Sudah menjadi tradisi keluarga, setiap hujung minggu seluruh ahli keluarga akan ke rumah Tok Mummy dan Tok Daddy. Jadi hubungan kekeluargaan kami sangat akrab kerana bertemu setiap minggu. It’s nice because it’s feels like Raya every once a week! Pantang ada waktu terluang, dia mempunyai hobi untuk mencuba restoran atau kafe-kafe baru sekitar ibu kota. “Ya saya suka hampir semua jenis masakan dan paling saya gemar makanan Jepun di Rakuzen dan Lebanese di Tarbush! Acap kali kami sekeluarga keluar makan malam untuk raikan hari-hari istimewa we always have giggles, laughs and love all the way for sure. It’s the little things that truly matters and every moment together is as memorable as the last one.”

See also
Kendall Jenner Kehilangan Barang Kemas Bernilai $200,000

 

Pelajar jurusan komunikasi, major dalam perhubungan awam dan pemasaran di universiti Taylors’ Lakeside ini sudahpun berpunya. Hatinya sudah dikunci untuk si dia. Dari gerak gerinya saya dapat baca yang dia sedang meniti fasa bahagia dalam hidupnya. Siapa boyfriend you? Saja saya mengusiknya “I call him Zaim Malik, no no not Zayn Malik but Zaim. Ya saya amat obses pada Zayn Malik tetapi Zaim saya lagi charming!”

Bercinta dengan kerabat Negeri Sembilan tentunya ramai yang mengikuti kisah percintaan mereka menerusi akaun Instagram. Apabila ditanya apa perancangannya, Marisa berkata dia selesa bersama YM Tunku Khair Ul-Zaim dan buat masa ini mereka tidak mahu terburu-buru dalam perhubungan. Tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai hubungan cintanya, tetapi yang pasti Marisa akui yang Zaim orangnya amat romantis dan dia berasa selesa apabila berada di samping kekasihnya. Harapannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di luar negara dalam jurusan Fesyen.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Mei 2016