Pakar warna, Benjamin Moore mengumumkan warna Caliente – merah berapi sebagai trend warna sepanjang tahun 2018. Bakal memasuki tahun baru 2019 beberapa bulan sahaja lagi, Benjamin Moore bersedia dengan trend warna 2019 yakni kod warna Metropolitan AF-690, kelabu elegan yang menyamankan dan kelihatan selesa.
“Selesa, teratur dan canggih, kod warna kelabu Metropolitan AF-690 mempamerkan keindahan dan keseimbangan,” kata Pengarah Strategi Reka Bentuk Benjamin Moore, Ellen O’Neill. “Ia adalah warna dalam spektrum neutral yang menenangkan minda dan menjadikan reka bentuk kontemplatif. Tidak bersifat agresif, kelabu bersahaja tetapi glamor ini mencipta latar biasa yang menenangkan.”
Kelabu elegan Metropolitan AF-690, Benjamin Moore.
Benjamin Moore turut melancarkan Trend Warna 2019 – palet warna bermula dari neutral sehingga ke warna kebiruan, hijau segar, yakni warna yang melengkapi kelabu Metropolitan AF-690.