Semarak Jiwa Urban Braun Büffel Jelas Ternyata Buat Koleksi L/S ’18
[envira-gallery id=”83554″]
Mengambil kegemilangan era Studio 54, Braun Büffel menerapkan sanubari era tersebut sebaik mungkin ke dalam koleksi Luruh/Sejuk ’18 mereka. Buat koleksi wanita dan lelaki, curahan palet rona mewah seperti burgundy Bordeaux , hijau gelap dan biru laut mengatur seiring rona-rona kaleidoskop dengan pengaruh karya Andy Warhol yakni melahirkan koleksi ini.
Menggabungkan elemen siluet minimal dengan glamor klasik, Braun Büffel menzahirkan koleksi lelaki mereka dengan inspirasi gaya jalanan urban New York era 70-an. Yakni zaman yang menyaksikan kelahiran utopia kreatif terdiri daripada artis dan pemuzik underground sebagai pemangkin utama dinamik eklektik dan kemajuan budaya hip-hop. Setiap rekaan dan perincian mewah melambangkan keterampilan dan jiwa lelaki Braun Büffel — sleek, modern, dan carefree.