Revolusi Kulit Mulus Dengan The Face Shop

Revolusi Kulit Mulus Dengan The Face Shop

Mencari penjagaan kulit tidak semudah yang disangkakan kerana tidak semua produk kecantikan mampu memenuhi gaya hidup. THE FACE SHOP menampilkan tiga produk terbaru yang mensasarkan keperluan setiap wanita masa kini.

 

Ada kalanya kita terlalu sibuk dengan tugasan harian sehingga alpa dalam menjaga diri. Terutamanya kulit yang lebih mudah terdedah kepada elemen-elemen yang tidak sihat seperti sinar UV dan udara kotor. Ini menyebabkan kulityang dahulunya berseri tampak kusam dan kurang anjal. Kini masalah anda boleh diselesaikan dengan menggunakan siri kecantikan THE FACE SHOP yang sesuai dengan apa jua aktiviti yang anda biasa lakukan seharian.

1 of 3

CEGAH PIGMENTASI

YEHWADAM WHITE GINSENG COLLAGEN CAPSULE CREAM

 

Buat anda yang sering mengamalkan gaya hidup aktif, Yehwadam White Ginseng Collagen adalah produk yang paling sesuai. Diformulasikan dengan mutiara yang dituai dari tapak kultur semula jadi dan berfungsi untuk mencegah pigmentasi. Bertindak sebagai anti kedut dan memutihkan wajah, ia berkesan menjadikan kulit lebih putih mulus serta berseri dan bertekstur pekat.

See also
Idea Hadiah Istimewa Hari Bapa

 

Cara aplikasi:

  • Sukatan yang berpatutan dan sapu pada wajah dengan rata.