Persoalan Penting Tiffany & Co: Adakah Anda #BelieveInLove?

Tiffany & Co. Semarakkan Lagi Aura Cinta Dengan Kempen #BelieveInLove

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dinobatkan sebagai salah satu pakar cinta, Tiffany & Co. menggunakan sepenuhnya kepercayaan yang diberikan kepada mereka dengan kempen terbaru mereka untuk meraikan kebahagiaan asli dan cinta sejati.

Berlatarbelakangkan vokal merdu Alicia Keys menerusi lagu hit ‘No One’, klip buat kempen ‘Believe In Love’ yang diarah oleh Darius Khondji ini juga sebenarnya menampilkan pasangan sebenar yang memegang tangan masing-masing dengan erat untuk menunjukkan keaslian cinta mereka.

 

Tujuan utama kempen ini adalah untuk membuktikan hubungan unik antara dua individu itu adalah satu perkara yang benar dan bukan sekadar imaginasi.

 

“Sebagai sebuah jenama yang meraikan cinta sejati dalam apa jua bentuk sekalipun, Tiffany merupakan satu destinasi buat komitmen ikonik dan melangkaui batasan tradisional. Kempen ini meraikan cinta dengan cara yang hanya boleh digapai oleh Tiffany sahaja,” terang ketua pegawai artistik Tiffany & Co., Reed Krakoff.

 

Identiti setiap pasangan misteri ini bakal didedahkan melalui beberapa peringkat. Jadi saksikan kupasan identiti sebenar pasangan romantik ini untuk memahami kisah cinta mereka dengan lebih lanjut.

See also
B Bounce Bersama Burberry