Nurul Hana Che Mahazan juga dikenali sebagai “Nana AF” ataupun “Nana Mahazan”. Seorang pengacara, pelakon dan penyanyi anak kelahiran Johor ini merupakan anak perempuan tunggal yang telah menceburi bidang hiburan sewaktu menyertai program realliti TV, Akademi Fatasia pada Musim Pertama pada tahun 2003. Terkenal dengan tagline-nya “Nana in the house!”, Nana sentiasa tampil ceria dan energetik walaupun sudah bergelar sebgai seorang ibu pada usia yang muda. Walaupun begitu, ia tidak menghalang Nana bagi meneruskan kerjayanya dalam industri seni.