Daripada seorang pengacara Astro dan model, Datin Haflin Saiful kini sudah berjaya meralisasikan impiannya dalam bidang perniagaan iaitu dengan membuka label fesyen beliau sendiri berjudul ‘Haflins’. Pakaian-pakaian dibawah label beliau memfokuskan pada rekaan resort dan bersifat ekuestrian. Beliau juga merupakan peminat fesyen rekaan Datuk Tom Abang Saufi yang pakaiannya tegar dengan estetika warisan negara. Moden, kontemporari dan pada masa yang sama kuat dengan identiti Malaysia.