Taman Fantasi Chanel Menjiwai Semangat Musim Bunga Penuh Mewah
Tidak asing lagi dengan pertunjukan fesyen yang penuh megah dan over-the-top saban tahun Karl Lagerfeld tidak pernah mengecewakan dengan idea persembahan koleksinya. Jika tahun lalu dia menghasilkan replika Eiffel Tower, tahun ini dia membawakan 10,000 kuntum bunga ros English menghiasi taman fantasi Chanel. Lengkap dengan air pancutannya sendiri.
Para jemputan juga disajikan dengan koleksi signatur adi busana Chanel dan untuk menyemarakkan lagi kehadiran musim bunga, setiap model dilengkapi dengan perhiasan kepala floral dan vel tulle untuk sentuhan feminin.
[envira-gallery id=”76797″]
Lagerfeld juga turut bermain dengan fabrik tulle sutera, sifon, organza, dan perincian teliti menggunakan labuci dan juga manik.
[envira-gallery id=”76795″]
Meneruskan legasi Chanel, Lagerfeld juga kekal dengan rona warna pastel yang melengkapi mood musim bunga dan untuk memberikan kelainan, pereka fesyen ini juga telah memanipulasikan siluet setiap ceraian busana untuk menjadikan mereka lebih dramatik dan sinonim dengan tema adi busana.
[envira-gallery id=”76796″]
Model Luna Bijl turut diberi penghormatan sebagai Chanel bride yang menerima twist dengan mengenakan tuksedo mewah nan anggun. Menjadikan Bijl model keempat sebagai Chanel bride yang mengenakan sepasang seluar.