Kediaman - Antik Metropolitan - Glam Malaysia

Kediaman – Antik Metropolitan

1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Gambar : Patrick Chan
Arahan Seni : Afiq Khairudin

 

Simbahan cahaya semulajadi dari panel-panel tetingkap di sekeliling unit kondo memberi efek malar segar pada padanan palet ciptaan penghuni. Pemandangan hutan konkrit kotaraya Kuala Lumpur, dianggap terapi ketenangan.

 

Berlokasi di nadi kota raya, Sentul East, pemilik yang juga Pengarah Reka Bentuk untuk M.Moser Associates, Ramesh Subramaniam, berkata,

 

“Saya selesa berada di kawasan ini. Lokasinya strategik kerana berada di tengah ibu kota.
Tuntutan kerja memerlukan saya ke luar negara saban minggu. Jadi, saya tidak begitu terasa bahang kesibukkan kehidupan kota apabila pulang.”

 

Percikan warna merah saga menerusi pilihan aksesori dan koleksi karya seni menusuk sanubari sebaik kaki melangkah masuk. Dominasi palet kelabu cerah pada segenap ruang; warna cat dinding dan sebahagian perabot bereka bentuk moden menjadi tunggak dekorasi. Unit kondo seluas 1,900 kaki persegi ditata penuh bergaya dan bijak dalam percaturan gaya moden eklektik.

See also
Resipi Hidangan Nasi Paella

 

Unit kondominium ini secara harfiah memiliki tiga kamar beradu en suite tetapi pemilik menukar fungsi kamar tidur kedua kepada ruang kerja bersekali ruang menonton dalam keadaan terbuka. Dinding pembahagi di ruang dapur turut dimusnahkan kerana mahu memberi laluan pada binaan kaunter berpulau.

 

Berkongsi ruang lantai yang sama, pemilik bertindak mencantumkan fungsi ruang tamu utama, ruang makan dan dapur.

 

“Saya tidak mahu terpisah dengan tetamu apabila berada di ruang lain.
Binaan kaunter terus menuju ke ruang makan, membolehkan saya terus merai sambil melakukan kerja-kerja di dapur,” kata Ramesh.

 

 

Slide untuk lihat gambar.