Info Menarik Aiport Lounges Cathay Pacific - Glam Malaysia

Info Menarik Aiport Lounges Cathay Pacific

TheBridge_05

Berpangkalan di Hong Kong International Aiport, syarikat penerbangan Cathay Pacific gah dengan enam ruang santai dan yang terbaru adalah The Bridge.
 
Menjanjikan eksklusiviti serta ruang keselesaan buat penumpang, The Bridge direka oleh arkitek dari London dengan keluasan 2, 567 meter persegi. Lounge serba mewah ini terbahagi kepada dua bahagian yang bersambung dari kaunter pendaftaran, menawarkan pelbagai kemudahan buat penumpang untuk bersantai serta berehat. Bahagian utara dilengkapi The Bakery, The Long Bar dan The TV Lounge manakala bahagian selatan pula mewah dengan The Bistro, The Coffee Loft, The IT Zone dan Shower Suites.
 
Reka bentuk The Bridge diinspirasikan dari ruang kediaman, membuatkan penumpang merasa seakan berada di rumah sendiri. Rona hangat menjadi pilihan beserta lantai kayu yang dipadankan karpet mewah, dilimpahi sinar cahaya matahari dari lantai hingga ke siling dan memberi gambaran seperti ruang tamu rumah.
 
TheBridge_04
 
Kepingan perabot menghiasi ruang The Bridge pula berkualiti tinggi dan unik seperti kerusi putar Oscar Swivel yang direka oleh Pearson Llyod dan sofa mewah buatan tangan oleh B&B Italia.
 
Terletak di tingkat 5 berdekatan dengan gate 35, lokasi ini sudah tentunya ideal bagi penumpang yang ingin berlepas di Dewan Barat.
 
 

See also
Senarai Jutawan Paling Muda Di Dunia