Use your ← → (arrow) keys to browse
Menepati gaya hidup dapur urban, Mitsubishi Electric mencipta peti sejuk dwi pintu model LX Grande. Berteraskan kesenian hidup minimalis dan elegan, peti sejuk model ini disempurnakan teknologi Neuro Fuzzy Inverter System; iaitu ciri-ciri cekap tenaga dengan menyesuaikan kuasa dan kelajuan kompresor untuk menghasilkan operasi yang optimum dan lebih senyap.
Peti sejuk ini memperkenalkan Supercool Chilling Case yang ideal untuk penstoran daging, ikan dan makanan yang mudah rosak dengan sistem penyejukkan pada suhu -3°C hingga 0°C yang tidak membeku, di samping mengekalkan kesegaran makanan. Ini memudahkan proses memasak di mana bahan-bahan ini tidak perlu dinyahbekukan terlebih dahulu.
Rekaan peti sejuk LX Grande turut diperhebatkan dengan fungsi Vitamin Factory yang hanya terdapat di dalam peti sejuk Mitsubishi Electric, memastikan sayur-sayuran ini kekal segar dan berkhasiat dengan menggunakan kawalan cahaya LED yang merangsang proses fotosintesis di dalam ruang penyimpanan. Elemen praktikal dan efisien lain yang turut melengkapi rekaan peti sejuk Mitsubishi Electric ialah ruang penghasil ais automatik. Sistem ini tidak memerlukan pengaliran air menggunakan paip. Pengguna hanya perlu mengisi air di bekas yang berasingan. Malahan, kesemua komponen dalam ruang penghasil ais boleh ditanggalkan dan mudah untuk dibersihkan.
Dengan reka bentuk empat pintu, kapasiti ruang yang besar bersaiz 630 liter (ruang kasar) mampu menampung penyimpanan makanan yang maksimum. Rekaan pintu dengan panel kaca bukan sahaja kelihatan hebat, malah mudah untuk dibersihkan. Panel kawalan LED yang unik menyala dengan sentuhan memberikan akses kepada semua tetapan. Dengan dua pilihan warna elegan; hitam dan kelabu, peti sejuk model LX Grande terjemahan cita rasa mewah dan praktikal untuk gaya hidup terkini.