YM Datuk Tunku Kaiyisah sememangnya puteri raja yang sentiasa merendah diri dan berjiwa rakyat, pernah menjual baju sukan Harimau Malaya di bazaar-bazaar bukanlah goyang kaki di istana. Beliau sudah berjinak-jinak dengan perniagaan sejak umur 15 tahun lagi dan kini lahirnya Prettysuci.com iaitu stor dalam talian pruduk kecantikan dan penjagaan diri halal pertama di Malaysia. Kolaborasi bersama sepupunya Natasha Ozeir berjaya menapak lebih 20 jenama di bawah hub ini, termasuklah dari Taiwan, Korea dan Indonesia. Sejak kecil hingga kini beliau aktif dalam aktiviti CSR (Corporate Social Resposibility) dengan badan kebajikan bersama ibu dan datuknya lantas memupuk sifat suka menderma dalam dirinya.