Ratu cantik, model dan pelakon kelahiran bumi Jakarta, Indonesia ini makin bersinar dalam layar perak Indonesia malahan jutaan peminatnya dating dari Malaysia bahkan singapura. Gadis cantik berilmu ini pernah mendapat pendidikan A Level di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, Malaysia langsung ke National University of Singapore mendalami ilmu politik dan berjaya meraih B.A in Political Science dan New Media & Communication (Hons). Pernah dinobatkan salah seorang Asia’s Most Stylish oleh majalah gaya hidup sosialit. Mengemari jenama mewah seperti YSL, Givency, Mary Katrantzou, Peter Pilotto dan pereka fesyen kegemarannya sudah semestinya Karl Lagerfeld dek kerana setiap rekaan dan perincian pada koleksi pasti mencerminkan keperibadian Karl.