GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

PUTRI YASMIN RAMLI

Fesyen dan muzik, dua perkara penting dalam hidupnya. Kerana bagi pereka PU3 ini, muzik adalah nadi kepada cetusan idea kreativiti kala berkarya. Mendiang Alexander McQueen, Helmut Lang juga Dolce & Gabbana menjadi idolanya saat menuntut ilmu di London suatu ketika dahulu. Menjulang estetika seni rekaan Yohji Yamamoto sebagai ikon fesyennya. Himpunan musim luruh 2013 yang lalu bertajuk Darkened memberi nilai sentimental padanya kerana coretan setelah kembalinya nenek beliau ke rahmatullah yang mana setiap helaian berona hitam. Mendambakan gerobok fesyen kepunyaan kembar Olsen dan Kate Moss dan ingin mendapatkan setiap ceraian, beg, kasut dan aksesori yang dimiliki mereka.