Cover Girl GLAM bulan ini, Nora Khalid dijulang sebagai The Coffee Connoisseur dek kerana cintanya terhadap coffee. Kini usahawan Berjaya ini telah membuka cawangan keempatnya Whisk di Jaya Grocer, The Starling Mall selepas cawangan ketiganya Whisk Coffee & Pantry di Damansara City Mall. Tidak diilupakan cawangan pertama yang mula dibuka pada tsekitar awal 2010 Whisk Espresso Bar and Bake shop di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya dan keduanya Whisk Outpost di Pusat Beli-Belah One Utama. Setalah 10 tahun menetap di New York dek kerana ketiadaan kedai kopi berkonsepkan speciality coffee di Malaysia Inisiatif menjadi pioneer hagi usaha ini sememangnya membuah hasil. Graduan dari Parsons School of Design, New York jurusan Design and Management ini amat menyukai helaian dari Rick Owens, Acne dan The Row untuk dipakai hari-hari.