GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

MARISA SORAYA MAZLAN

Gadis fashionista yang bijak dalam berfesyen ini dicemburui oleh beribu gadis yang mendambakan kehidupannya yang mewah dan stylish. Ibunya June Baharuddin turut pernah mewarnai list 50 Most Glam pada tahun 2006 dan kini Marisa mewarisi kemasyhuran si ibu. Gadis lulusan jurusan komunikasi major dalam perhubungan awam ini sangat suka kan fesyen dan selalu bereksperimen dengan helaian jenama mewah yang ada bersama tas tangan dan sepatunya. Selera fesyen tempatan yang menjadi alirannya seperti Alia Bastamam, Tengku Syahmi dan Afiq M. Jika disoal apa yang dalam geroboknya, lantas dijawab koleksi dari Balmain, Dior dan Versace.  Latest Guilty pleasurenya adalah pabila membeli tas tangan Givenchy.Tika umurnya menjengah 15tahun ibunya pernah menghadiahkan chocker berliam berbentuk bintang yang dianggap sangat bernilai kerana ianya memberi sentimental value.