GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

DATIN RAHA DATO’ ABU

Pengasas barang kemas Cinta Bijoux ini sememangnya peminat besar aksesori wanita lantas menghadiahkan hasil tangannya buat pengemar jewellery. Usai pengajiannya dalam jurusan Fashion Merchandising di Kansas City, Amerika Syarikat Datin Raha tidak boleh duduk diam, beliau membuka butik fesyen Matahari yang menghimpunkan jenama antarabangsa seperti Byblos, Jean Paul Gaultier, Paul Smith dan banyak lagi. Kini beliau bersama rakan kongsinya yang juga kakaknya sendiri Zaharah Wouters menyinari mata wanita diluar sana dengan himpunan barang kemas bertahta batu permata yang eksklusif, unik dan jarang dijumpai dan proses pembuatannya dari Kuwait. Barang kemas mewah Cinta Bijoux ini bercirikan keislaman  malah boleh ditempah khas berinspirasikan abjad jawi yang mengukir nama ataupun kalimah suci Allah SWT malah mendapat sambutan hebat daripada seluruh pelosok dunia, kerabat diRaja, orang kenamaan. Selebriti tanah air seperti Datin Zizie Izette, Zahidah Rafik, Datin Seri Sharifah Haslinda dan Maria Farida diantara menggunakan khidmat custom-made Cinta Bijoux. Koleksi Maison Martin Margiela, Lanvin dan Valentino memenuhi walk-in closetnya. Hati Datin Raha ditambat oleh adibusana Rizalman Ibrahim tatkala menghadiri  majlis undangan atau pada hari lebaran.

See also
HANA TOOLSERAM