Usahawan Wanita Pilihan Most GLAM 2017: Alia Bastamam

Most GLAM 2017: Alia Bastamam

Namanya sentiasa meniti di bibir penggemar fesyen tanah air lebih-lebih lagi kala dinobatkan sebagai pereka terbaik oleh Andrews Model pada mala penutup KLFW 2017 baru-baru ini. Namun ini bukan alasan untuk Alia Bastamam mendabik dada.

 

“Sejak Alia Bastamam diperkenalkan sekitar enam tahun lalu, sehingga kini saya sentiasa tidak bepruas hati kerana label ini hanya berkisar di Malaysia dan Singapura sahaja. Perjalanan label dan karier  saya masih jauh and there’s so much more I wanted to explore, mungkin menyaksikan Alia Bastamam di pentas fesyen antarabangsa suatu hari nanti.”

 

Kala ditanya mengenai koleksi ready-to-wear dan bridalnya dia bangga memberitahu perkembangannya. “Label ini bermula dengan RTW sebagai core dan secara tidak sengaja ia mengalir perlahan-lahan kepada rekaan busana pengantin. Masing-masing mempunyai hala tuju yang tersendiri. Jika RTW memberikan kebebasan kepada saya untuk meneroka pelbagai rekaan baru, busana gaun pengantin pula mencabar saya menerusi rekaan yang lebih feminin. Dan terkini koleksi RTW Alia Bastamam sudah berada di Robinsons Singapura dan butik Society A yang berlokasi di Takashimaya, Singapura.”

See also
Cinta Antara Chloë Moretz & Brooklyn Beckham Berputik Kembali?