Kisah Romantik & Traumatik Kourtney Kardashian Dan Teman Lelakinya

Detik Pertama Pertemuan Kourtney Kardashian Bersama Teman Lelaki Barunya

The Kardashians, ada yang menyukai mereka dan ada pula yang membenci mereka. But that’s life dan kita tidak boleh memuaskan hati semua orang lebih-lebih lagi jika anda seorang bintang realiti TV yang hidup anda didokumentasikan untuk tontonan umum dan dikritik tanpa sebarang tapisan dan kebenaran. Itu adalah, lebih kurang, definisi hidup seorang Kardashian.

 

Namun satu persoalan mula bermain di fikiran ramai, atau mungkin kami sahaja  but we’re telling you about it anyway: Bagaimana Kourtney Kardashian bertemu dengan teman lelaki model tampan Younes Bendjima yang  juga berusia 24 tahun itu? Jawapannya mempunyai kaitan dengan insiden rompakan di Paris yang melibatkan adik Kourtney, Kim Kardashian.

 

Melalui episod terbaru KUWTK kisahnya bermula pada bulan Oktober di Paris dan mereka sedang sibuk menghadiri beberapa pertunjukan sempena Paris Fashion Week dan bertempat di sebuah bar, Kourtney dan Younes bertentang mata buat pertama kalinya.

 

“Kami berjalan masuk ke sebuah bar, dan Stephanie [pembantu Kim] duduk berdepan dengan saya dan asyik berkata ‘Lelaki kacak itu berada di sini.'” ujar Kourtney. Lelaki yang diperkatakan itu adalah Younes, bekas peninju dan kini model kelahiran Algeria. “Dia berkawan dengan kawan kami yang lain. Dia berjalan masuk, berjabat tangaa, menyapa pengawal kami dan tidak menegur kami. Saya terus berkata, ‘Kenapa kamu membenci kami?'” nyata Kourtney kepada Khloe. “Saya agak pening pada masa itu. Sebaik sahaja saya mengucapkan kata-kata itu, dia mengambil tangan saya dan berkata, “Sudah jam lima pagi, kita akan beredar.'”

See also
Idea Hadiah Istimewa Hari Bapa

 

Mereka kemudiannya berhubung untuk temu janji yang lebih formal dan sewaktu mereka berada di dalam tands di sebuah kelab, Korutney menerima khabar berita tentang rompakan Kim. Younes menemani Kourtney untuk membantu Kim malah dia juga sudi menjadi penterjemah antara keluarga Kardashian dan polis Perancis. Dan kini selepas setahun, mereka masih bersama. Love is real.

 

Pasangan ini juga berpakaian seperti pasangan penjenayah terkenal Bonnie dan Clyde untuk Halloween!

 

coming soon to a bank near you

A post shared by Younes Bendjima (@younesbendjima) on