Rahsia Jurufoto/Pemangsa Seksual Terry Richardson Terbongkar

Jurufoto Terkenal Terry Richardson Terima Perintah Larangan Daripada Dunia Fesyen

Ikutan beberapa dakwaan daripada model-model dalam industri dan kenyataan beberapa pihak yang meyakinkan, nampak gayanya kerjaya jurufoto terkenal Terry Richardson dalam industri fesyen sudah berakhir.

 

Richardson yang dikenali dengan foto-foto provokatifnya yang melibatkan model dan juga selebriti wanita kini telah dilarang untuk bekerjasama dengan majalah-majalah besar seperti Vogue, GQ, dan Vanity Fair melalui e-mel ekslusif  yang didapatkan oleh The Telegraph daripada naib president eksekutif Condé Nast International, James Woolhouse dengan isi kandungan “Saya menulis kepada anda untuk hal yang penting. Condé Nast kini tidak akan bekerjasama dengan jurufoto Terry Richardson.”

 

Menurut e-mel itu lagi, Woolhouse juga turut mengarahkan segala hasil kerja Richardson untuk mereka perlu “dihapuskan atau digantikan dengan bahan yang lain.”

 

Pihak Condé Nast International sendiri telah mengesahkan kesahihan isi kandungan e-mel tersebut namun mereka enggan memberikan sebarang komen lanjutan perihal keputusan mereka atau Richardson.

 

Apa yang merisaukan perihal kes ini adalah tempoh diambil untuk membongkarkan perbuatan keji sebegini oleh industri walaupun sudah arif tentang perangai buruk Richardson? Pada tahun 2007 sehingga 2010 beberapa orang model telah tampil berkongsikan pengalaman mereka bekerja dengan Richardson yang memerlukan mereka melakukan aksi-aksi seksual di bawah arahan “kerja.”

See also
Gen Zer Emma Chamberlain Kini Duta Global Lancôme

 

Supermodel Denmark Rie Rasmussen pernah menegur perbuatan Richardson secara terbuka perihal kelakuannya, seorang lagi model Jamie Peck pula telah diminta oleh jurufoto berkenaan untuk menarik keluar tamponnya supaya dia boleh bermain dengannya, satu lagi kisah oleh Charlotte Water pula dia mengadu Richardson menjilat punggungya dan meminta modle tersebut untuk memegang alat sulitnya.

 

Malah media di UK juga mempersoalkan kenapa industri fesyen terus meraikan pemangsa seksual sebegini walaupun mereka tahu kebenarannya? Sunday Times Britain telah menggelarkan lelaki yang pernah bekerja dengan nama-nama besar seperti Beyoncé , Lady Gaga, Rihanna, dan Miley Cyrus ini sebagai “Harvey Weinstein dunia fesyen.”

 

Wartawan fesyen Caryn Franklin menerangkan semakin ramai pemangsa seksual telah dibawa ke perhatian umum akibat efek Weinstein dan beberapa lagi nama-nama besar dalam industri. Malah Franklin juga menyatakan Richardson telah dilindungi oleh beberapa individu penting dalam industri sebelum ini.

 

“Saya pernah berhadapan dengan individu yang saya hormati berkata kepada saya: ‘Tetapi dia seorang yang baik, anda hanya tidak mengenali dirinya.”

See also
Ketibaan Putera Baru Dalam Kerabat Diraja England Membuatkan Orang Ramai Teruja

 

Richardson enggan mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi hanya sebelum ini dia menyatakan segala hasil kerjanya telah menerima kebenaran daripada model yang dia bekerjasama.

 

Selain Condé Nast International yang sudah enggan bekerja dengan Richardson beberapa jenama fesyen juga telah memutuskan hubungan mereka dengan jurufoto tersebut sebelum ini. Antaranya adalah Aldo, H&M, dan baru-baru ini Valentino dan juga Bulgari.