Idea Ruang - Kamar Beradu - Glam Malaysia

Idea Ruang – Kamar Beradu

Teks : Nadia Zolkifli

Penata Gaya & Arahan Seni : Afiq Khairudin

Video : Dennis Kho

Video Editor : Rachel Koh 

 

 

Segala yang diatur di kamar beradu perlu bersatu harmoni dan tiada yang keterlaluan agar lena tidak terganggu. Pastikan juga ruang ini tidak berkongsi ruang untuk menonton televisyen. Cukup sekadar mengadakan ruang duduk-duduk; kerusi berlengan atau chaise lounge sebagai ruang tambahan untuk membaca sebelum tidur.

 

Pasang langsir jenis black out daripada fabrik tebal yang kalis cahaya agar dapat menabir sinar matahari pagi dan petang. Jika tidak mahu membeli rekaan katil konvensional, anda boleh menempah reka bentuk kepala katil berpandukan ukuran katil dan ketinggian yang diingini.

 

TIP PENGGAYAAN

 

Accessorizes –  Banyak bermain aksesori seperti lampu tidur, gebar, selimut tebal dan kusyen. Atmosfera serba putih, kami pecahkan dimensi mendatar menerusi pemilihan aksesori berasaskan tembaga; lampu dan dulang geometri daripada Maison Curio. Dua bangku fabrik linen diatur dihadapan kaki katil, agar tidak kelihatan terlalu polos.

See also
#StayHomeWithGD - 101 Tip & Trik Dekorasi

 

TIP PEMILIHAN CADAR

 

Corak Alami – Jika tidak mahu sesuatu yang terlalu menonjol, pilih corak senada/ monokrom. Corak cadar bermotifkan pepohon pada musim luruh fabrik sutera kapas daripada Grand Atilier, Robinsons.

 

TIP PEMILIHAN SKEMA WARNA

 

Neutral – Palet neutral atau alami tidak pernah silap. Memancarkan aura elegan, harmoni dan mewah di segenap ruang. Warna kelabu suram cadar, gebar kain wul dan kusyen bersaduran kemilau perak daripada Maison Curio, skema warna monokrom elegan dan selamat buat mereka yang tidak mahir bermain padanan warna. Maison Curio ada di Robinsons, The Gardens.