Gabungan Ketelusan Seni Antara Gucci & Unskilled Worker

Gabungan Ketelusan Seni Antara Gucci & Unskilled Worker

Gucci melalui perubahan artistik yang cocok dengan perdedaran zaman apabila Alessandro Michele mengambil alih jenama ikonik ini pada dua tahun yang lalu. Dengan keterampilan yang terus dibuktikan semasa Milan Fashion Week S/S 18 baru-baru ini, Gucci kini mengumumkan kolaborasi mereka bersama sahabat lama jenama ini, Unskilled Worker.

[soliloquy id=”80606″]

Hubungan antara Helen Downie (nama sebenar artis) bersama Michele berputik apabila pereka tersebut menemui hasil karya Downie melalui laman media sosial Instagram. Kagum dengan apa yang dilihatnya, Michele menjemput Unskilled Worker untuk bekerjasama dengannya untuk menghasilkan sejarah.

Kolaborasi agung antara dua individu seni ini bakal melahirkan koleksi kapsul yang terdiri daripada 40 ceraian seperti sepatu, tas tangan, dress bercorak, baju panas, jaket bomber, selendang, dan aksesori menampilkan karya seni Unskilled Worker yang disesuaikan mengikut intipati Gucci.

 

Koleksi kapsul ini juga merupakan koleksi eksklusif atas talian pertama yang bakal dilancarkan secara serentak di semua pasaran gucci.com (termasuklah Eropah, Amerika, Kanada, UAE, China, Jepun, Australia, dan Korea Selatan) pada 11 Oktober ini.

See also
Keseruan Acara Eksklusif Emporio Armani Bersama Tetamu VIP

Sempena pelancaran koleksi ini juga, Gucci dan Unskilled Worker bakal mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi dengan meletakkan hasil kerja Unskilled Worker di lokasi-lokasi tumpuan ramai di London, Paris, Milan, Shanghai, dan New York.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse