Pelakon jelita Fazura menyusuri Soho dengan membawa rasa chic Americana ilham Stuart Vevers buat himpunan musim luruh Coach 1941.
Diilhamkan dari kehidupan di kota New York, Stuart Vevers mengambil inspirasi yang menggabungkan banyak budaya di Amerika Syarikat. Daripada gaya cowboy diikuti terapan seorang biker, terdapat pula budaya Hispanic dari susur galur New Mexico dan budaya Native American.
Wanita di New York yang sentiasa sibuk pastinya memerlukan penampilan lebih praktikal dipadankan dengan sandal yang memudahkan pergerakan. Gaya Fazura ternyata mewakili wanita-wanita bekerjaya yang kekal bergaya di kota New York.
Prairie dress dengan cetakan bunga daisi dipadu bersama jaket kulit berperincian pepaku tebuk.
Rasa urban dihembus pada dress prairie dengan motif kuda digayakan dengan jaket varsity, beg kisslock serta sandal turnlock dengan material shearling.
Jaket shearling Eagle Raggedy disuaipadan bersama top kait dan skirt wool bercora kuda. Sandal turnlock juga ilham Coach 1941 dan beg Kisslock dengan cetakan vintaj buah ceri.
Baju-t dengan jaket bersulam tampal logo military dan skirt wool serta kasut high top hiker bercorak ceri.