Bella Hadid Tampil Mempertahankan Paparazzi Wanita

Bella Hadid Tampil Mempertahankan Paparazzi Wanita

Hubungan selebriti dan paparazzi adalah ibarat “benci tapi sayang.” Ada masanya mereka memarahi paparazzi kerana menceroboh privasi mereka dan ada kalanya mereka memerlukan paparazzi untuk sebab-sebab tertentu that we shall not discuss.

 

Foto Curtis Means/ACE PICTURES/INSTARimages.com

So one would thought that  kerana sebelum ini paparazzi pernah membuat model Bella Hadid terpaksa bersuara di Twitter untuk meminta mereka menghormati privasinya dan rakan-rakannya, dia tidak akan menghiraukan mana-mana paparazzi yang berada disekelilingnya.

 

Namun baru-baru ini sewaktu meninggalkan pertunjukan fesyen Michael Kors di New York Hadid dilihat tampil mempertahankan seorang paparazzi wanita kerana telah dikasari oleh pengawal peribadinya.

 

Dalam klip video yang diambil oleh TMZ itu Hadid boleh dilihat berjalan kelaur sambil dikelilingi pengawal-pengawal peribadinya dan juga barisan paparazzi yang cuba untuk mengambil gambar model tersebut.

 

Hadid menegur salah seorang pengawalnya apabila dia dilihat menolak seorang paparazzi wanita dengan tegas sebelum menanyakan keadaan wanita tersebut dengan nada yang risau.

See also
Jaguh Automotif 2017

 

See? Tindakan saling menghormati antara satu sama lain bukanlah satu perkara yang susah.

 

Walaupun dia berstatus selebriti Hadid masih lagi tidak boleh membiasakan dirinya menjadi tumpuan ramai di tempat-tempat umum.

 

“Saya tidak berjalan keluar sambil berkata, ‘Saya terkenal.’ Ia masih aneh bagi saya apabila orang mahu bergamabr bersama saya. Teman-teman baik saya memastikan saya sentiasa rendah diri–mereka tidak ambil peduli apa pun status saya. Saya masih orang yang sama, dan saya cuba untuk tidak berubah.”