Kredibiliti Kendall dan Kylie Jenner Sekali Lagi Dipersoalkan - Glam Malaysia

Kredibiliti Kendall dan Kylie Jenner Sekali Lagi Dipersoalkan

If controversy was a living entity kami dapat merasakan ia akan senantiasa mendampingi the Jenner sisters.

 

Semenjak Kendall dan Kylie melancarkan rangkaian pakaian mereka sendiri “Kendall + Kylie” kredibiliti dan kreativiti mereka telah dipersoalkan berkali-kali kerana dikatakan tiada keaslian dalam hasil kerja mereka.

 

Kendall + Kylie baru sahaja melancarkan tas tangan putih yang kelihatan seperti kotak bungkusan restoran Cina yang sering dilihat di Amerika dan rekaannya membuatkan ramai mengerutkan kening mereka dalam kekeliruan. Tas tangan putih (a.k.a Lee Clutch) dengan hendal besi yang diperkatakan itu juga turut menampilkan perkataan “KK Express”  dan dijual pada harga RM630.

 

Orang ramai menjadi curiga kerana tas tangan itu kelihatan seiras dengan tas tangan Kate Spade daripada koleksi musim luruh 2014 yang diinspirasikan oleh pengembaraan CCO mereka, Deborah Lloyd.

Kendall + Kylie Lee Klutch

Kate Spade F/W 2014

Pihak Jenners masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hal ini.

 

Jenama adik-beradik ini juga baru sahaja memohon maaf atas kesilapan mereka sebelum ini kerana t-shirt vintaj dariapada koleksi kapsul yang mereka lancarkan telah menggunakan imej rapper dan penyanyi terkenal tanpa kebenaran mereka.

See also
PUAN SRI CHLOE KIM

 

Ibu kepada mendiang rapper Notorious B.I.G. berkongsikan pos ini pada Instagramnya: