Drama Keluarga Kim Kardashian Persis Orang Biasa? - Glam Malaysia

Drama Keluarga Kim Kardashian Persis Orang Biasa?

 

Ia tidak boleh dinafikan bahawa Kim Kardashian membesar dalam keluarga yang begitu erat antara satu sama lain, terutamanya dalam kalangan adik-beradik ikoniknya. Namun, perkara yang sama tidak boleh disebut buat puterinya, North.

 

“Saya tidak tahu sama ada ia kerana dia merupakan yang lebih tua, saya tidak tahu apa yang tidak kena. Dahulu saya menganggapnya sebagai suatu “fasa” sahaja. Dia [North] tidak suka akan adik lelakinya,” jelas Kim semasa rancangan Live With Kelly and Ryan, kelmarin. “Ia begitu sukar untuk saya. Saya fikirkan, OK, hanya beberapa bulan, dia hanya mahu membiasakan diri. Dia sering cemburu ketika saya menyusukan adiknya, dan perkara-perkara sebegitu. Sekarang, “fasa” ini mungkin tidak pergi.”

 

 

Lantaran itu, Kim menjelaskan bahawa North mempunyai strategi yang baik untuk mendapatkan perhatian ibunya. “Her thing is she thinks she’s outsmarting me. She’s like, ‘We’re having a tea party mom. No boys allowed. Dad can’t come too then,” ulas Kim. “Kemudian, dia akan menghempas pintu ke muka adiknya. Saint kemudian akan mula menangis.”

See also
J12: The New Look

 

Namun demikian, puteranya itu masih dapat mencari hiburan daripada kengganan kakaknya itu. “Tatkala mereka berdua sedang berdiri, Saint gemar meniru gaya kakaknya, jadi jika North mula menangis, Saint juga akan mula berpura-pura menangis!” kata rupawan itu.

 

Dalam hal lain, Kim dan puteri sulungnya itu berposing bersama buat hiasan muka hadapan majalah Interview, yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ianya merupakan yang pertama buat North!