Print Polka-dot Membanjiri Gaya Gadis Fesyen! - Glam Malaysia

Print Polka-dot Membanjiri Gaya Gadis Fesyen!

Bagaimana anda ingin tahu akan trend apa yang sedang hangat di  kalangan gadis-gadis fesyen millennial kini? Just scroll Instagram!

 

GLAM dapat rasakah suatu trend bakal diikuti penggemar trend semasa, terutamanya mereka yang sering melayari laman Instagram buat inspirasi untuk mengaturkan look bagi kekal in trend! Jika anda merupakan salah satu daripada mereka, pastinya anda sudah tahu item pakaian yang kami sedang fikirkan, tidak?

 

Tidak lain, tidak bukan, blaus polka-dot berwarna hitam putih rekaan Jacquemus! Dengan “likes” terkumpul melebihi 100 ribu, dan strategi bijak oleh pihak jenama itu, blaus cetakan ala era 50an ini bakal menjadi staple item buat musim ini! 

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse