Reverso Tribute Moon & Duo: Dua Koleksi Terbaru Jaeger Le-Coultre - Glam Malaysia

Reverso Tribute Moon & Duo: Dua Koleksi Terbaru Jaeger Le-Coultre

Jaeger Le-Coultre mengembangkan koleksi Reverso Tribute dengan dua lagi rekaan baru: Reverso Tribute Moon dan Reverso Tribute Duo. Setiap satu dengan ciri yang amat berbeza dan unik kepada diri masing-masing bagi si pemakai yang menggemari jam tangan yang kelihatan complicated.

Bagi Reverso Tribute Moon, arloji ini menggabungkan elemen komplikasi dan vintaj yang disukai oleh golongan connoisseurs. Siri ini juga menyalurkan semangat daripada tahun 1931 dengan bahagian hadapannya diinspirasika oleh jam tangan Reverso yang asli. Dail perak yang disekalikan untuk tampak serasi dengan selongsong stainless steel berona biru. Setiap kali jam ini berdetik jam enam, sebuah disk bulan tampil dalam bentuk bulan sabit ibarat menangkap imej bulan dilangit. Motif Clous de Paris guilloché juga turut ditampilkan di sekeliling jam tangan ini.

Reverso Tribute Duo pula  menggabungkan motif seni dan kepakaran Jager Le-Coultre yang menghasilkan jam tangan elegan dengan selognsong berona pink gold. Dengan konsep Duo yang diterapkan, jam tangan ini menampilkan dua dail yang berbeza — kedua-duanya halus dan menunjukkan zon masa yang berbeza. Lengkungan pada jam tangan ini juga memberikan efek kelembutan yang seimbang dengan barisan geometri asli yang diambil daripada inspirasi 1931.

See also
Gaya Jalanan London Fashion Week Spring 2015