Millennial It-Girl: Nia "Sleepylllama" Atasha - Glam Malaysia

Millennial It-Girl: Nia “Sleepylllama” Atasha

 

Meskipun ramai mengenali jelitawan berusia 21 tahun ini sebagai seorang model, minat beliau sebenarnya lebih dari itu. Dilahirkan sebagai Nia Atasha, pemilik raut wajah yang cukup unik ini merupakan teras orang seni — Nia lebih senang mengganggap dirinya sebagai seorang artis visual! Tatkala masa mengizinikan, salah seorang finalis GLAM Next Face 2016 ini gemar melukis, menyulam, berilustrasi di samping melakukan reka bentuk grafik bebas.

 

GLAM “menjelajah” kehidupan penggiat seni alaf millennial ini yang sering disapa sebagai “Sleepylllama“, yakni gelaran Instagramnya!

 

 

1. Satu ikon atau idola dalam hidup kamu?

Saya sangat mengagumi Haruki Murakami serta kesemua karya beliau.

 

2. Di mana kamu lihat diri anda dalam jangka 10 tahun?

Living the dream — studio yang lebih besar, menukil seni, keluarga yang bahagia dan kejayaan kerjaya!

 

 

3. Apakah signatur fesyen atau stail peribadi anda?

Pasti ada sedikit edgyness!

 

4. Apakah erti “cinta” bagi anda?

See also
Lip Maestro Menghangati Dunia Kecantikan

A good feeling.

 

 

5. Jika takdir tidak memandu ke mana anda sekarang, di mana anda rasa anda berada? 

I’d still pursue Art, definitely! Tetapi mungkin saya akan bersama sebuah syarikat kreatif, bekerja 9am – 5pm.

 

6. Wangian kegemaran? 

Teman lelaki saya! Haha! On a more serious note, saya gemarkan apa jua yang beraroma manis — haruman seperti vanila, strawberi dan buah pic. Aroma bunga-bungaan membuat saya pening!

 

 

7. Satu trend fesyen yang patut lenyap?

Print galaksi. It has to stop!

 

8. Jika anda boleh bertukar wardrobe dengan seseorang, real atau fiksyen, siapakah ia?

Micah Gianelli!

 

 

9. Prinsip kehidupan yang anda pegang? 

Don’t shy away from hard things. Sebaliknya, jadilah seseorang yang mampu mengekang kesukaran. Elakkan negativiti dan sentiasa beri lebih dari apa yang diambil!

 

10. Rona gincu kegemaran?

Kinda Sexy” dari M.A.C ialah rona kegemaran sepanjang masa saya!

 

Oleh: Aizat Azman Shah