Parti Hari Jadi Mewah JLo dan Teman Baharunya! - Glam Malaysia

Parti Hari Jadi Mewah JLo dan Teman Baharunya!

 

Jennifer Lopez sememangnya bersinonim extravagant. Buat hari jadinya baru-baru ini, JLo meraikan secara besar-besaran di Miami bersama rakan dan keluarga tercinta — and her new boo, Alex Rodriguez!

 

Bekas pemain New York Yankees memuat naik foto dalam akaun Instagramnya semasa parti tersebut Sabtu lepas. Beliau memakai sepasang suit biru bersama “aksesori” terhangat Hollywood, pelakon Maid in Manhattan itu yang memakai gaya signatur beliau, dress jarang LBD. Alex, yang bakal menjangkau usia 42 hari Khamis ini turut mengongsi beberapa foto lain dari parti mewah mereka itu.

 

 

Dalam salah sebuah gambar, beliau dan JLo kelihatan bersama kek hari jadi enam tingkat yang dihiasi corak metalik dan kuntuman mawar putih serta nama mereka. Pasangan secocok itu juga dilihat bernyanyi bersama akan lagu “Sweet Caroline” oleh Neil Diamond dalam sebuah video.

 

 

Pasangan terbaru Hollywood ini membuat debut karpet merah bersama di MET Gala pada bulan Mei lepas. “Jika kamu mahu bersama, kamu bersama,” jelas Alex kepada Extra. “Anak-anak kami suka bersama, kami berdua asal New York, kami berdua berbangsa Latin, kami berdua dalam lingkungan empat puluhan, kami benar-benar menikmati kehidupan, tetapi dia merupakan salah satu manusia yang paling hebat dan paling bijak yang pernah saya temui. “

See also
Tip Makan Angin Di Rio de Janeiro

 

 

“Dia seorang manusia yang murah hati bersama keluarganya, bersama rakan-rakannya, bersama saya. Dia mengambil berat dan manis belaka. Dia sememangnya semua perkara indah yang saya mahukan dalam seorang lelaki. Saya berasa benar-benar bertuah sekarang, jadi saya teruja dengan kehidupan, tetapi saya lebih teruja untuk bersama orang yang tulen,” kata penyanyi Love Don’t Cost A Thing itu.