Good Vibes Festival Is back!
America may have a few glorified festival-festival muzik, namun Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam mengadakan festival muzik kita sendiri, bukan? Kosongkan jadual anda untuk 12 dan 13 Ogos ini kerana Good Vibes Festival bakal kembali buat kali keempat!
Bertempat di The Ranch, Gohtong Jaya (Genting Highlands), #GoodVibesFest juga bakal menampilkan 45 nama yang bakal memeriahkan lagi festival itu dalam tempho dua hari. Barisan persembahan ini telah dipilih dengan teliti serta manggabungkan bakat-bakat antarabangsa dengan bakat tempatan kita.
Antara nama-nama antarabangsa yang bakal menggegarkan #GoodVibesFest 2017 adalah kugiran Perancis Phoenix, G-Eazy, Kodaline, The Kooks, Dua Lipa, dan Shura.
[envira-gallery id=”68693″]
Barisan bakat tempatan pula bakal diterajui oleh alextbh, Airliftz, Dae Kim & Jim Hackman, Jaggfuzzbeats, Najwa, Talytha Tan, Arabyrd, Bunga dan ramai lagi.
[envira-gallery id=”68701″]
#GoodVibesFestival telah dibawa oleh Malaysia Major Events (MME) yang berada di bawah Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia. “Kami telah menyokong Good Vibes Festival sejak ia bermula pada tahun 2013 dan merasa sangat bangga untuk menjadi sebahagian daripada festivak ini sekali lagi. Festival ini sudah berkembang sebagai festival muzik tempatan yang terkenal, menarik artis-artis dan peminat mereka dari setiap daerah. Ini merupakan bukti bahawa Malaysia sudah mula menjadi destinasi pilihan untuk hiburan live peringkat dunia dan sekaligus membuktikan yang kita setanding dengan nagara-negara lain yang pernah mengadakan festival muzik mereka,” nyata Tony Nagamaiah, Pengurus Am MME.
Jualan tiket sudah pun bermula sejak bulan Mei dan untuk informasi selanjutnya, sila lawati goodvibesfestival.com.
Anda juga boleh mendengar senarai main #GoodVibesFest 2017 di Spotify.